Latar belakang Abdul_Ghani_Baradar

Abdul Ghani Baradar lahir di Weetmak, daerah Rahwod Deh, wilayah Oruzgan.Dia adalah keturunan Durrani Pashtun daripada famili Popalzai. Baradar berjuang bersama Mujahidin Afghanistan selama Perang Soviet-Afghanistan dan kemudian dikendalikan sebuah madrasah di Maiwand, Wilayah Kandahar di bawah pimpinan bekas komander, Mohammad Omar. Pada 1994 dia membantu Omar dalam pergerakan Taliban.

Makumat perisikan Amerika Syarikat menyataka beliau adalah Timbalan Menteri Pertahanan Taliban. Selepas serangan 11 September di Amerika Syarikat, dan Amerika bertindak menceroboh Afghanistan dan Taliban berjaya digulingkan. Ekoran itu, Baradar berperang melawan AS-yang disokong oleh Perikatan Utara.

Apabila Hamid Karzai menjadi Presiden Afghanistan, Baradar tidak dapat menerimanya . Hamid Karzai tidak mendapat mandat sebenar rakyat Afghanistan, boneka Amerika dan pilihan raya yang tidak menepati standard antarabangsa.